Wednesday, 23 August 2017

Butir Titik Bicara


Dia
Muncul setelah kau ada aku
Mungkin menaruh harapan baru
Bimbit kembali cinta lama yang bersulam rindu
Walaupun tahu kau sudah setia pada yang satu

Kau
Benarkan kehadiran itu
Tanpa membuang rasa ragu
Bahkan gembira bertalu talu
Menyambut bekas pemilik hati dahulu

Aku
Lihat dengan pandangan bisu
Apa hati aku batu
Diam bukan tanda aku setuju
Kamu berdua bersatu
Walaupun bersapa di Ig juga muka buku

Apa kau lupa cinta dahulu itu palsu
Yang bikin kau nanar juga merana bertahun ketika dulu
Hingga hati kau tertutup menemui cinta baru
Apa kau sedar kemaafan itu sukar dihulur walaupun telah berlalu
Kau yang aturkan jalan hidup itu
Kau lebih kenal diri dan apa yang hati mahu
Jangan diulang kesilapan lalu
Jika kau mahu kehidupan baru


Coretan sudut Biru, 24 Ogos 2017😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍







Tuesday, 15 August 2017

#perjalanan 29 - Jauh

Mulut kata tidak mengapa.
Taggunggjawab tempat pertama.
Mata memandang dengan seribu bahasa.
Hati berat menahan rasa.

Bukan itu yang kita minta.
Apakan daya ia suratan dari yang Esa.
Jalan sahaja tanpa berpaling bahagia.
Kecapi segala nikmat dunia.


Pegang pada jujur dan setia.
Ingat pada yang satu sahaja.

Dugaan melanda bukan untuk rapuhkan jiwa.
Bahkan menguatkan hubungan sesama kita.

Bawa suka bukannya lara.
kembalinya kau di sampingnya.
Genggaman erat tanganmu yang dinantinya.
Bukannya hati yang tidak bernyawa.

Bukan cemburu yang menimbulkan benci.
Jadikan setia pengikat sehingga mati,
Andai itu suratan azali.
Aku di sini setia menanti.
Perwiraku yang berjuang antara hidup dan mati.

Jarak jauh 29 hari.
Memaksa hati menelan sepi.
Menunggu yang jauh kembali.
Untuk bersatu memandu janji.
Membina mahligai yang akan dipateri.

Coretan Sudut Biru - 16 Ogos 2017
😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁

#perjalanan 30 - Izinkan Hati Bahagia

Dahulu dan sekarang telah berbeza.
Umpama diragut dalam sekelip mata.
Terima takdir sepenuh jiwa.
Agar terubat segala duka.

Apa kau kecewa melihat dunia?
Tidak seindah seperti yang kau jangka?
Bangkit dari rasa derita.
Yang dipenuhi dusta semata-mata.


Kadang kala kita perlu bangkit dari terus menahan rasa yang semakin menghimpit jiwa dan meletakkan kita di sudut derita tanpa melihat ruang bahagia


Terlalu singkat untuk kau siakan kehidupan yang sementara. pandang kehadapan walau kau pikul seribu satu perasaan yang menghimpit jiwa. untuk apa menggendong rasa kecewa. Sedangkan kebahagiaan menanti kau di hujung sana. apa kau fikir seluruh dunia ini kejam sehingga membunuh rasa yang kau ada? Hingga kau lupa pada satu sudut yang menjanjikan rasa suka yang membuatka kau mungkin tersenyum gembira. 



Buang segala rasa yang bikin kau semakin jauh dari bahagia.
Buang segala rasa yang bikin kau sengsara.
Segalanya hanya palitkan rasa yang mengundang hiba.
Dan bukan lagi sebuah cinta.
Bina kehidupan yang ingin kau cipta.
Mungkin ia mampu mengubat sengsara.

Hati
Bisik padanya, kau tidak mati
Jiwa
Katakan padanya, kau penguat rasa
Damainya rasa tanpa kecewa

Tenangnya jiwa tanpa sengsara

Aku melangkah kaki dengan rasa percaya
Engkau pemberi nikmat dengan seadilnya
Tanpa sedikit kurang di sini sana
Untuk insan yang mensyukuri nikmat bahagia.

Coretan Sudut Biru
15 Ogos 2017 - 11.19 pm
✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏




Resipi Cucur Kucai Terlajak Sedap

Assalammualaikum , salam sejahtera dan Selamat Petang.. Apa khabar semua? Sihat? Buat apa je cuti-cuti Tahun Baru Cina ni? Beristirehat d...