Thursday, 26 October 2017

Cik Mia Nikah

lama menyepi kan? sebulan yang lepas memang mia sibuk dengan persiapan perkahwinan mia. Alhamdulillah, diberikan kelancaran dan dipermudahkan segalanya dari majlis nikah juga persandingan. lega rasanya bila segalanya dah selesai. selagi tak selesai, selagi tu dok fikir tak habis-habis. lagi satu ada sahaja kerja yang nak dibuat. tapi tak apa, semuanya memberikan pengalaman dan kenangan yang sangat manis untuk  mia rasai.  lepas ni, ada jodoh adik aku kahwin pulak, boleh la aku jadi wedding planner untuk adik  mia tu.

Hari ni, mia nak kongsi sikit la sepanjang pengalaman mia menguruskan majlis mia ni. letih dan penat jangan cakap la. penat sebelum tu memang dah rasa sangat-sangat. lagi-lagi ayah nak sangat untuk buat majlis perkahwinan aku ni secara rewang. kalau di johor, rewang ni boleh dikatakan sebagai bergotong royong. orang-orang blok perumahan akan datang sehari dua sebelum majlis untuk bantu apa-apa yang patut. ok, untuk majlis mia hari tu, jumaat 15 hb september 2017 berlangsung majlis pernikahan selepas asar, disusuli majlis berinai pada malamnya selepas isyak. esok harinya 16 september 2017 berlangsung majlis khatam Al-Quran juga marhaban, dan seterusnya acara kemuncak, majlis persandingan yang berlangsung selepas zohor untuk perarakan pengantin.

pada hari selasa, mak cik sebelah jiran rumah mia ni dah datang untuk rendam pulut. menggunakan sebanyak 10 kg pulut untuk dibuat lopes.  pulut ni akan dibersihkan dan dibasuh terlebih dahulu sebelum direndam bersama ibu mee selama 2 malam. jadinya, petang selasa tu dah mula aktiviti pertama untuk persediaan juadah hari jumaat nanti. kalau nak tahu resipi lopes ni, insya Allah akan mia kongsikan nanti. Lopes ni dikatakan sebagai satu hidangan wajib orang jawa yang selalunya disediakan untuk majlis kenduri perkahwinan. tapi, kalau rajin buat lopes untuk sekadar di buat makan biasa, boleh sahaja.tak perlu tunggu majlis kenduri kahwin pun.

hari khamis tu, mak cik-mak cik keliling rumah dah datang rewang seawal 9 pagi untuk buat serunding. tujuannya buat serunding ni adalah unuk dimakan bersama dengan lopes. meriah sangat hari khamis tu, ada yang sibuk buat serunding, ada yang sibuk bungkus lopes. macam ni la kalau buat rewang, rumah pasti tidak sunyi. mia yang jadi pengantin ni pun semakin mekar-mekar hati bila diusik  pengantin baru dengan mak cik-mak cik ni.hihihi. pagi tu juga team kanopi datang untuk pasang 6 kanopi yang telah mia sewa. dalam tengah hari macam tu, team andaman pula sampai untuk pemasangan pelamin. bila tengok kanopi dah dipasang, pelamin dah terhias indah, haih makin berbunga hati. cewah.  malam tu, sedara mara mia pun makin ramai yang sampai. apa lagi, bila sepupu-sepupu ramai dok berbual, bergema lah rumah. dok gelak sakan sana sini sambil - sambil tu mia pun berinai la 20 jari. 10 jari tangan 10 jari kaki. heeeee.. sibuk mia dok complain kat sepupu, inai jari ni senget la, inai jari tu tak cukuplah. hahaha.. saja dok mengada.. sepupu dok bising kata mia cerewet, tapi tetap buatkan jugak. (pengantin baru haruslah di layan macam princess.. hahaha)

tibalah hari jumaat, fuhhh.. siapa yang tidak berdebar kalau nak di ijab kabulkan. hati ni, dup dap dup dap tak habis. dari pagi bangun tidur tu dah rasa dia punya degupan. perasaan pun dah jadi semacam. gosok-gosok mata berulang kali, macam tak percaya ada jugak. hehehe. selama ni dok sibuk mengira tak sabar menuggu hari majlis. dah sampai hari majlis, jadi tak percaya pulak. macam tu la perasaan orang yang nak jadi pengantin rupanya. Alhamdulillah, pada petang jumaat dengan cuaca yang redup di selangi dengan angin sepoi-sepoi bahasa, hanya sekali lafaz mia selamat menjadi isteri kepada pemilik hati mia, Muhammad Afi Bin Hj Zainal. Waktu ni, tak tahu nak cakap macam mna perasaan tu, hanya linangan air mata kesyukuran yang mampu.

Itulah pengalaman manis yang mia rasa masa jadi pengantin tempoh hari. semoga ikatan perkahwinan yang berusia sebulan ini, akan berkekalan hingga ke akhir hayat. semoga ajal sahaja yang mampu memisahkan kami suami isteri.


Resipi Cucur Kucai Terlajak Sedap

Assalammualaikum , salam sejahtera dan Selamat Petang.. Apa khabar semua? Sihat? Buat apa je cuti-cuti Tahun Baru Cina ni? Beristirehat d...