Friday, 16 February 2018

Resipi Cucur Kucai Terlajak Sedap

Assalammualaikum , salam sejahtera dan Selamat Petang..

Apa khabar semua? Sihat?
Buat apa je cuti-cuti Tahun Baru Cina ni?
Beristirehat di rumah?
Jalan-jalan cari makan?
Balik kampung?
Dating ngan bantal?

Mana satu antara di atas?
Bukan senang nak cuti lama-lama kan..
Peluang yg ada ni, sebaiknya digunakan untuk bonding time bersama ahli keluarga tercinta..

Tengah bonding time tu, dah ada menu ke buat kudap kudapan?

Mari jengah resipi cucur kucai yang mia kongsikan ini.

Macam biasa, semua resipi mia memang mudah nak di buat.

Mudah dan Sedap.. Itu yang penting !

Resipi Cucur Kucai

Bahan-bahan :
1 paket Yis
Tepung Gandum (mia guna 2 cawan je, sebab x ramai. Kalau ramai, boleh lebihkan tepung)
1 ikat kucai (mia guna kucai yang tiada buah, beli kat giant) - potong
1 cawan air suam
1 cawan air biasa ( mia guna air mineral)
1 biji telur
Secubit Garam
Pewarna kuning
Minyak(untuk menggoreng)

Cara-cara :

1. Bancuh 1 paket yis ke dalam 1 cawan air suam. Kacau dan biarkan.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas , pecahkan sebiji telur, masukkan kucai yang telah dipotong, masukkan secubit garam dan pewarna kuning.
3. Tuang secawan air suam yang telah siap dibancuh dengan yis tadi.
4. Kacau bahan-bahan tersebut. Kemudian baru ditambahkan 1 cawan air biasa. Yang ni agak-agak ye. Jangan tercair , jangan terpekat.
5. Kemudian, tutup dan biarkan selama lebih kurang 30 minit. Nak bagi acuan tadi naik.
6. Selepas 30 minit, dah boleh panaskan minyak dan goreng.

Bahan sos :

5 sudu besar sos chili
3 sudu gula (terpulang, kalau suka manis boleh tambah lagi, kalau tak suka manis-manis boleh kurangkan)
1/2 cawan air

Cara-cara :

1. Tuangkan 1/2 cawan air ke dalam periuk kecil.
2. Masukkan 5 sudu besar sos cili dan juga 3 sudu gula.
3. Kemudian, kacau dan masak atas api yang kecil.
4. Apabila dah mendidih, boleh la ditutup api.

Selamat mencuba ^^





Sunday, 4 February 2018

Nak roti john homemade yang sedap? Cuba Resipi Roti John Homemade ini

Assalammualaikum
Selamat pagi..
Monday blues ke tu? ^^

Tak nak monday blues ok, mulakan hari isnin sebagai permulaan hari pada minggu ini dengan penuh semangat dan senyuman.

Mana yang dah mula bekerja pada hari semalam tu, tak ada masalah sangat la nak tempuh hari ni kan.

Apa yg penting, kena semangat, ceria dan senyum untuk keluar bekerja cari rezeki.

Aura yang positif datangnya paling utama dari diri sendiri dan barulah persekitaran sekeliling kita.

Jangan sama sekali biarkan persekitaran mempengaruhi mood kita ye.

Minda dan hati yang positif akan menjadikan diri yang positif juga. Tak percaya ?

Cuba !

Pagi ni mia nak kongsikan kepada semua pembaca blog mia, resepi yang cukup mudah. Komfem kalau ibu-ibu di luar sana yang terlambat bangun tido, lepas tu nak siapkan breakfast anak-anak pun mesti akan sempat punya siapkan.

Apa yang penting, bukan sahaja resepinya yang mudah dan cepat, malah barang-barangnya pun mudah dicari.

RESIPI ROTI JOHN

Bahan-Bahan :
Roti (mia beli roti ni kat aeon, ada 6 buku) - belah 2 bahagian

Sosej
Tomato
Timun
Telur (pukul telur hingga kembang)
Sos lada hitam
Sos cili
Mayonis
Butter - 1 sudu
Serbuk lada putih
Cheese (optional)

Cara 1 :

1. Panaskan kuali dan letakkan satu sudu butter.
2. Guna sesenduk kecil telur dipukul kembang, dan ratakan
3. Hampir garing, letakkan roti di atas telur.
4. Kemudian angkat.

Cara 2 :

1. Masukkan satu sudu butter atas kuali yang dah panas.
2. Masukkan sosej dan taburkan serbuk lada putih, kemudian terbalik-terbalikkan sosej hingga agak garing.
3. Kemudian angkat.

Cara 3 :

1. Letakkan timun, tomato dan sosej ke atas roti yang bersalut telur tadi.
2. Letakkan mayonis, sos lada hitam dan sos cili di atas sosej
3. Dah siap, dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba ^^

Segmen Pencarian Bloglist By Aqila Shahirah

Assalammualaikum..
Untuk pertama kalinya mia join segmen..
Jom join mia sekali untuk join segmen Pencarian Bloglist By Aqila Shahirah

Jemput ke link dibawah ^^

http://mingyusunbaenim.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-new-segment.html?m=1

Saturday, 3 February 2018

Resipi Brokoli Masak Sos Tiram

Assalammualaikum
Selamat berhujung minggu bagi anda yang bercuti pada hari ini.
Waktu cuti-cuti macam ni, semestinya digunakan masa yang ada dengan beristirehat di rumah juga meluangkan masa bersama keluarga.
Seronoknya suasana macam tu kan.
Paling seronok bila dapat makan tengah hari bersama-sama.
Boleh jadi bertambah-tambah nasi.
Apa? Nak diet?
Lupakan dulu la diet tu sehari.
Pulun makan habis habisan.

Macam biasa, menu masakan mia pastinya yang mudah dan cepat.. hehehe
Teramat sesuai untuk mereka yang sama macam mia, tak suka ambil masa lama di dapur.hehehe

Jom, baca resepi yang mia kongsikan di bawah.
Dah baca, tolong cuba masak menu ni yaaa ..

RESIPI BROKOLI MASAK SOS TIRAM

Bahan - Bahan :
Brokoli ( mia beli kat aeon big)
Bawang putih - 2 ulas (ketuk dan potong dadu kecil2)
Bawang merah besar - 1/2  
Sos Tiram - 2 sudu kecil
Perasa
Minyak
Air (mia tuang sikit je)

Cara - cara :
1. Potong brokoli , basuh dan tapis
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan bawang besar.
3. Kacau dan masukkan Sos Tiram, perasa dan sedikit air.
4. Kemudian masukkan brokoli.
5. Kacau lagi, dan boleh terus angkat.

*jangan biarkan brokoli terlampau masak. Lebih sedap brokoli separuh masak. Masih fresh rasa brokoli masa makan tu. Krup krap krup krap dalam mulut.

Selamat mencuba.

Resipi Rebung Madu Goreng Berlada

Assalammualaikum..
Selamat petang sabtu semua..

Hari ni mia nak kongsikan satu resipi yang mudah  untuk dimasak.. mia jenis yang tak suka duduk dapur lama-lama. Kalau boleh setiap hari nak masak yang ringkas-ringkas je.. hehehe

Resipi ni memang sesuai untuk wanita-wanita yang kadang-kadang lewat balik kerja. Lepas tu terus masuk dapur nak masak untuk suami dan anak-anak. Boleh cuba resipi mia ni. 

Ok, boleh baca resipi di bawah

RESIPI REBUNG MADU GORENG BERLADA

Bahan - Bahan :
Rebung Madu (mia beli dalam paket kat giant)
Lada cili (ikut kepadasan masing-masing, kalau suka pedas boleh lebihkan cili padi)
Bawang putih - 2 ulas
Bawang merah kecil - 2 ulas
Ikan bilis
Belacan( optional, mia tak bubuh belacan sebab mia ada alahan)
Minyak masak
Garam
Perasa
Gula
Air

Daun kunyit (optional)- mia letak daun kunyit, sebab rasa dan bau dia lebih menyedapkan masakan rebung madu berlada tu nanti.

Cara - Cara :
• Potong rebung dan basuh hingga bersih
• Tumbuk lada cili, bawang putih , bawang merah, ikan bilis hingga lumat
• Panaskan minyak masak, masukkan bahan yang telah ditumbuk
• Tumis hingga naik bau dan hampir garing
•  Masukkan rebung madu dan kacau suoaya sebati dengan bahan tumis
• Masukkan setengah cawan air dan biarkan hingga rebung empuk
• Masukkan garam, perasa dan gula kemudian kacau
• Bila air dah agak kering, boleh di angkat dan dihidangkan.

Selamat Menjamu Selera

Resipi Cucur Kucai Terlajak Sedap

Assalammualaikum , salam sejahtera dan Selamat Petang.. Apa khabar semua? Sihat? Buat apa je cuti-cuti Tahun Baru Cina ni? Beristirehat d...