Sunday, 4 February 2018

Nak roti john homemade yang sedap? Cuba Resipi Roti John Homemade ini

Assalammualaikum
Selamat pagi..
Monday blues ke tu? ^^

Tak nak monday blues ok, mulakan hari isnin sebagai permulaan hari pada minggu ini dengan penuh semangat dan senyuman.

Mana yang dah mula bekerja pada hari semalam tu, tak ada masalah sangat la nak tempuh hari ni kan.

Apa yg penting, kena semangat, ceria dan senyum untuk keluar bekerja cari rezeki.

Aura yang positif datangnya paling utama dari diri sendiri dan barulah persekitaran sekeliling kita.

Jangan sama sekali biarkan persekitaran mempengaruhi mood kita ye.

Minda dan hati yang positif akan menjadikan diri yang positif juga. Tak percaya ?

Cuba !

Pagi ni mia nak kongsikan kepada semua pembaca blog mia, resepi yang cukup mudah. Komfem kalau ibu-ibu di luar sana yang terlambat bangun tido, lepas tu nak siapkan breakfast anak-anak pun mesti akan sempat punya siapkan.

Apa yang penting, bukan sahaja resepinya yang mudah dan cepat, malah barang-barangnya pun mudah dicari.

RESIPI ROTI JOHN

Bahan-Bahan :
Roti (mia beli roti ni kat aeon, ada 6 buku) - belah 2 bahagian

Sosej
Tomato
Timun
Telur (pukul telur hingga kembang)
Sos lada hitam
Sos cili
Mayonis
Butter - 1 sudu
Serbuk lada putih
Cheese (optional)

Cara 1 :

1. Panaskan kuali dan letakkan satu sudu butter.
2. Guna sesenduk kecil telur dipukul kembang, dan ratakan
3. Hampir garing, letakkan roti di atas telur.
4. Kemudian angkat.

Cara 2 :

1. Masukkan satu sudu butter atas kuali yang dah panas.
2. Masukkan sosej dan taburkan serbuk lada putih, kemudian terbalik-terbalikkan sosej hingga agak garing.
3. Kemudian angkat.

Cara 3 :

1. Letakkan timun, tomato dan sosej ke atas roti yang bersalut telur tadi.
2. Letakkan mayonis, sos lada hitam dan sos cili di atas sosej
3. Dah siap, dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba ^^

4 comments:

  1. W'salam..
    Tetiba timbul idea nak buat roti john esok utk bekal ke pejabat.. Serious roti john sedap, LZ pun suka.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu LZ .. roti john memang sedap dan mudah untuk dibuat, sesuai untuk buat bekal..

      Delete
  2. wowww mudahhh jugakk..nnti boleh try buat roti john hehehe :D
    follow sini #11

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try buat k.. comfirm sekali buat, nak buat lg.. thank you follow..

      Delete

Resipi Cucur Kucai Terlajak Sedap

Assalammualaikum , salam sejahtera dan Selamat Petang.. Apa khabar semua? Sihat? Buat apa je cuti-cuti Tahun Baru Cina ni? Beristirehat d...